Menggabungkan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di samping Modul Khas Qhalif.
Sekolah Rendah Agama Integrasi Qhalif menggunakan gabungan beberapa komponen kurikulum bagi memastikan perkembangan murid yang seimbang, iaitu:
Mematuhi kurikulum rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan penguasaan akademik menyeluruh murid dalam bidang literasi, numerasi dan daya pemikiran saintifik.
Kurikulum pengajian agama rasmi Jabatan Agama Islam Selangor yang memperkukuh akidah, fardhu ain, adab Islamiah, serta persiapan rapi bagi peperiksaan UPKK dan PSRA.
Gabungan kurikulum ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dengan menitikberatkan pencapaian akademik, penguasaan ilmu agama serta perkembangan kemahiran dan potensi murid.
7:00 pagi – 7:45 pagi
Kehadiran murid seawal 7:00 pagi
8:00 pagi – 4:00 petang
Isnin hingga Jumaat
4:30 petang – 6:30 petang
Disediakan secara percuma
Kunjungi galeri foto untuk melihat bilik darjah berhawa dingin, surau, bahan pembelajaran fizikal, dan pakaian seragam murid SRAI Qhalif.